TEMAN KAWAH BERAPI

Sabtu, 18 Jun 2011

TIADA PAS TANPA NAMA ISLAM?

Nik Aziz menyanggah saranan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi supaya menggugurkan perkataan Islam dari nama Pas dengan berkata tanpa perkataan Islam, tiadalah parti Pas.
Sinar Harian : 18/06/2011
Jadi, betullah selama ini Pas memperalatkan agama Islam untuk kepentingan politik dan memenangi undi? Bukannya nak memperjuangkan Islam yang sebenarnya pun, sebaliknya menggunakan agama Islam untuk menghalalkan segala perbuatan dan tindak-tanduk "haram" Pas seperti berkawan dengan syaitan DAP, membuat fitnah sana-sini, membela seorang yang telah diperakui buruk akhlaknya dan menjatuhkan hukum sesuka hati kepada kelompok yang tidak sebulu dengan Pas dan PR.

Patutlah Nik Aziz mengakui, tanpa perkataan Islam pada namanya, Pas akan hilang taringnya. Kalau begitu, Malaysia ini cukup bertuah kerana merupakan sesatunya negara yang mempunyai parti Islam. Turki tak ada parti Islam, begitu juga dengan Arab Saudi, Mesir, Syria, Jordan dan Yaman semuanya malang kerana tidak ada parti Islam seperti Pas.

Begitu dangkalnya pemikiran Pas sehingga sanggup mengambil pendirian sebegitu rupa. Takkan Nik Aziz tak tahu, Islam itu bukannya terletak pada nama tetapi bergantung pada tahap keimanan dan ibadah serta dakwah yang dijalankan.  

Pas sama saja seperti parti politik lain. Jangan nak mendabik dada kononnya Pas lebih Islam dari orang lain kerana sejarah telah membuktikan betapa Pas juga tak lari dari membuat pelbagai kesilapan walaupun mendakwa perjuangannya berpaksikan agama Islam. Cuma ALLAH S.W.T sahaja yang berhak menilai siapa yang lebih Islam dan lebih beriman dan bertaqwa kepada-Nya, bukannya Nik Aziz ataupun Pas!!!!                

Selasa, 31 Mei 2011

IMPIAN SEMPURNA SEORANG PAS...

Seorang pembaca laman web Free Malaysia Today yang dipercayai ahli Pas, Abdul Aziz Anon melalui e-mel yang dikirimkannya, menggesa kepemimpinan Pas bersuara untuk menawarkan kepemimpinannya di dalam PR dan bukannya menjadi pak turut kepada DAP dan PKR.

Beliau juga meluahkan kekecewaan dengan prestasi Anwar yang terus merudum, satu hakikat yang tidak boleh dinafikan. Aziz juga mengatakan bahawa rakyat Malaysia menaruh harapan besar kepada Pas untuk membawa perubahan kepada persekitaran politik sedia ada dan oleh itu, Pas tidak harus menghampakan rakyat dan wajib memimpin ke arah itu.


Kawan tertarik untuk mengulas beberapa perkara yang ditulis oleh Aziz itu. Pertamanya, mengenai Anwar Ibrahim. Kawan percaya, suara Aziz dan mereka yang sewaktu dengannya yang tidak lagi senang dengan kehadiran Anwar dalam PR, tidak ubah seperti menjerit kepada orang yang pekak. Ini kerana, selagi Nik Aziz menyokong Anwar, jangan harap ada sesiapa pun di dalam Pas yang boleh "menjentik" apalagi menendang Anwar keluar dari kepemimpinan PR. Dalam hal ini, Nik Aziz kelihatan "lebih berkuasa" dari Presiden Pas, Tok Guru Hj Hadi Awang kerana kelihatan seolah-olah pendokong Hj Hadi "tidak kuasa" untuk melayan rengekan Nik Aziz.

Kedua, berkenaan desakan supaya Pas mengambilalih teraju kepemimpinan PR dari Anwar, itupun tak akan berlaku jika pun Anwar ditakdirkan dihantar ke Penjara Sg Buloh sekali lagi. Ini kerana, DAP sudah pasti akan meletakkan orang yang boleh dipergunakan untuk meraih undi simpati rakyat dan juga menjadi boneka dalam pemerintahan negara seperti yang berlaku kepada Nizar Jamaludin di Perak dan Khalid Ibrahim di Selangor. Dan calon yang paling layak ialah, siapa lagi kalau bukan Wan Azizah?

DAP juga sama sekali tidak akan membenarkan Pas mengambilalih kepemimpinan PR jika orang yang dicadangkan Pas itu adalah golongan yang mendukung kuat penubuhan negara Islam. Tak ingat lagi cabaran Karpal Singh supaya "langkah mayat dia dahulu", sebelum Pas bercita-cita untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

Ketiganya, yang ini yang buat kawan ketawa tak berhenti pasal pandangan si Aziz ni. Dia kata, rakyat menaruh harapan besar kepada Pas untuk membawa perubahan di negara ini. Sejauh mana keyakinan Aziz atas kenyataannya itu? Dengan deretan kekalahan dalam pilihanraya kecil dan juga pilihanraya umum DUN Sarawak yang baru lepas, bagaimana Aziz boleh mendabik dada mendakwa rakyat mengharapkan Pas. Kaum Cina masih lagi curiga dengan dasar Pas dan belum tentu akan mengundi calon Pas jika mereka diletakkan di kawasan pilihanraya dengan majoriti pengundi Cina.

Kaum Cina hanya menyokong Pas kerana adanya golongan yang toleran dalam isu membabitkan bukan Islam di dalam Pas seperti Nik Aziz, Khalid Samad dan Nizar Jamaludin. Jika golongan seperti ini tidak lagi wujud dalam Pas, jangan harap kaum sepet itu akan mengundi Pas. Undi Pas hanya bermakna bagi kaum sepet kerana mereka rasa Pas boleh memberikan apa yang sudah lama diidamkan oleh mereka selama ini, penguasaan ekonomi secara total dan kuasa politik. Takkan ahli Pas tak menyedari taktik licik kaum sepet ini?

Jawapan kawan kepada harapan Aziz itu, "be realistic". Janganlah menaruh harapan yang terlampau tinggi kepada DAP dan PKR. Pengalaman lepas membuktikan, Pas cuma menjadi keldai tunggangan DAP dan PKR dan akan selamanya begitu hinggalah satu masa nanti Pas menyedari kesilapan besar mereka dan bertindak keluar dari PR...  


     

PAS CUMA MENYALAK BUKIT...

Usaha Pas untuk membatalkan  konsert MTV World Stage di I-City Shah Alam nampaknya sia-sia saja. Apa tidaknya, Pas dibelasah bila dikatakan "tidak sepatutnya membawa pandangan sendiri dan keagamaan ke dalam proses membuat keputusan. Pas sepatutnya menghormati konsep berbilang kaum dan tidak menentang konsert yang akan meletakkan nama Selangor dan Malaysia di mata dunia". 

Sumber : Laman web Free Malaysia Today

Tahu tak siapa yang keluarkan kenyataan itu? Bukannya ahli politik bukan Islam DAP atau PKR, sebaliknya adalah Presiden Persatuan Pengguna Subang Jaya dan Shah Alam,  Jacob George. 

Tentangan Pas itu disifatkan George sebagai cubaan membawa balik masyarakat ke 2,000 tahun dahulu. George juga tidak bersetuju dengan cadangan Pas yang mendakwa  konsert itu diadakan di kawasan Melayu sedangkan George mempersoalkan adakah semua Melayu di Shah Alam menentang konsert itu?

George juga menyifatkan, pendirian keras pemimpin "minoriti" Pas itu akan merosakkan imej Malaysia di luarnegara.      

Itulah masalahnya dengan Pas ni. Terang-terang dihina sebegitu rupa oleh seorang bukan Islam, namun belum ada satu kenyataan pun yang keluar dari mulut pemimpin Pas Selangor mengutuk kenyataan George itu.

Sungguh malang, Pas bersama memerintah negeri Selangor yang majoriti penduduknya beragama Islam dan diketuai oleh MB beragama Islam tapi semudah itu diperlekehkan oleh seorang bukan Islam.

Kerana itu, Pas mesti menerima hakikat, mereka hanya "melukut di tepi gantang" dalam pentadbiran negeri Selangor. Pandangan Pas langsung tidak dihormati di Selangor, sebaliknya yang berkuasa  dan punya kuasa pemutus adalah DAP. Telah banyak contoh apabila pemimpin Pas Selangor terpaksa "menikus" apabila diherdik oleh pemimpin DAP seperti kes rampasan arak yang terpaksa dipulangkan semula dan larangan pekerja Islam bekerja di premis hiburan yang menghidangkan arak.

Kalau itu juga tidak menyedarkan pimpinan Pas akan kedudukan mereka dalam kerajaan PR jika mereka menguasai kerajaan pusat nanti, kawan dah tak reti nak komen apa lagi. Kita tengok sajalah apa yang bakal terjadi... 

KUATNYA GUAN ENG BEKERJA...

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCER), Datuk Redza Rafiq Abdul Razak hari ini mengumumkan NCER telah membawa masuk pelaburan swasta berjumlah RM3.3 bilion bagi tempoh 4 bulan pertama tahun ini ke negeri-negeri Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang.

KENAIKAN TARIF ELEKTRIK LEBIH TERUK DARI KENAIKAN PETROL


Kerajaan telah mengumumkan bahawa tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen/kilowatt/jam (kWj) berkuatkuasa 1 Jun 2011.

Kerajaan berkata, kenaikan ini tidak akan menjejaskan pengguna yang menggunakan elektrik kurang dari 300kWj.

Isnin, 30 Mei 2011

30 BULAN TAK BAYAR SEWA???

La, patut la bangunan nak kena lelong... Rupa-rupanya, 30 bulan tak bayar sewa. Syoknya duduk tempat orang, bayar sewa 5 bulan, lepas tu duduk free. Sewa bukan banyak pun, RM20,000 saja sebulan. Takkan tak mampu bayar. Tengok pemimpin, rumah harga juta-juta, sewa opis pulak tak boleh bayar? Pelik bin ajaib....

NURUL IZZAH BERMIMPIKAN SULTAN MELAKA....

Kawan tak tau mimpi apa yang dialami anak papa, si Nurul Izzah ni malam semalam hinggakan hari ni dia menggigau, menyebut alangkah baiknya kalau Sultan Melaka masih ada hingga hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...