TEMAN KAWAH BERAPI

Ahad, 29 Mei 2011

KHALIL IDHAM LIM TEPUK AIR DI DULANG....

Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim menyindir PM Najib kononnya, Putrajaya yang dikuasai BN sekarang dimenangi bukan kerana berhimpun tetapi kerana penjumlahan undi popular. Dan dia begitu yakin PR akan mendapat undi popular melebihi BN dalam PRU13 akan datang.


Khalil membuat kenyataan yang merujuk kepada perhimpunan 8,000 belia yang diadakan sempena acara "Himpunan Sejuta Belia" yang diadakan di Putrajaya semalam.

Menurutnya, seruan Najib supaya golongan belia mempertahankan Putrajaya dari jatuh ke tangan PR dalam PRU13 adalah tanda kegelisahan tahap maksimum Najib yang akan bertahan sebagai PM cuma untuk satu penggal saja dan membayangkan Najib seorang yang "gila kuasa" dan sanggup berbuat apa saja untuk mempertahankan kuasa.

Kawan cuma tersenyum sendiri membaca kenyataan Drs yang bijak pandai ini. Kawan nak tanya Drs Khalil ni, kalau himpunan belia semalam tak boleh menjamin kemenangan BN dalam PRU13, bagaimana pula dengan "perhimpunan" Pas yang saban minggu mengadakan ceramah di setiap pelosok negara? Kalau nak dikirakan sambutan terhadap ceramah Pas, sangat hebat! Jalanraya menuju ke tempat ceramah Pas selalunya sesak teruk dan ada yang terpaksa memarkir kereta dan berjalan berkilometer untuk sampai ke tempat ceramah Pas.

Tapi, apabila tiba musim pilihanraya, kelibat hadirin yang begitu ramai menghadiri ceramah Pas itu tiba-tiba hilang, dan tidak dapat diterjemahkan dalam bentuk undi. Akibatnya, berderet Pas mengalami kekalahan dalam pilihanraya kecil yang diadakan sepanjang 2010 dan tahun ini. Tidak cukup dengan itu, Pas yang begitu yakin bakal meraih kerusi DUN sulungnya di Sarawak turut hanyut apabila tak menang satupun kerusi yang ditandinginya dalam PRU DUN Sarawak yang diadakan awal April.

Nampak sangatlah kebijaksanaan Drs Khalil ni bila berhujah. Cubaannya untuk membelasah Najib rupanya membawa malu kepada partinya sendiri. Dia tak sedar selama ini, Pas yang banyak membuat ceramah dihadiri ramai orang, rupa-rupanya cuma untuk mendengar lawak-jenaka dari peserta Maharaja Lawak pentas Pas.

Itulah, kan orang tua-tua dah pesan, "tepuk air di dulang, tersimbah kat muka sendiri".... Bukan ke malu sendiri jadinya....

2 ulasan:

  1. Sebenarnya depa yg tkot...sbb melihatkan perhimpunan yg ramai itu...!depa takot jika kedtangan semua pemuda dan pemudi itu ditrjemahkan menjadi undi BN......itu sbb Simualaf ni buat reverse psikologi utk mengaburi kelemahan dan ketakutan PR pada BN....!
    X payah nak citer byk la....PR kecil dan PR Sarawak dan tunjukan tanda2...

    Wu di...

    BalasPadam
  2. sangat malang bagi LIM yang mengeluarkan komen tersangat dangkal dari seorang Drs,sehingga saya orang PAS pun tidak bolih terima !!!

    BalasPadam

Sementara komen teman-teman amat dialu-alukan, admin berhak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi bahasa yang tidak sesuai dengan adab orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...