TEMAN KAWAH BERAPI

Isnin, 30 Mei 2011

TOK HIM vs ANWAR, SIAPA LEBIH BURUK?

Anwar Ibrahim melabelkan Datuk Ibrahim Ali sebagai ahli politik Malaysia yang paling buruk. Puncanya, Tok Him didakwa melaga-lagakan orang Islam dan Kristian dengan melancarkan seruan jihad lanjutan dari kes sekumpulan paderi yang berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara.

Anwar membelasah kerajaan terlalu bertolak-ansur untuk mengambil tindakan ke atas Tok Him dan seruan jihad Tok Him itu direstui oleh kepemimpinan Umno.


Amboi, sedapnya melabelkan orang sesuka hati!!! Anwar ni tak sedar, antara Tok Him dan dia, siapa yang lebih banyak memecahbelahkan perpaduan kaum di negara ini? Tok Him dikatakan memecahbelahkan kerana memperjuangkan kepentingan dan hak orang Melayu dan Islam dalam acuan perlembagaan negara. Anwar pula memutar-belitkan kenyataan dalam perjumpaan dengan kaum yang berlainan. Depan orang Melayu, cakap lain. Jumpa Cina sepet, lain pulak ceritanya. Bila berdepan kaum India, dia membelit lebih teruk dari ular.

Anwar kata, sistem di Malaysia terlalu bertolak-ansur dengan orang seperti Tok Him. Rasanya, Anwar terlupa bahawa orang yang mendapat paling banyak faedah dari sikap toleransi kerajaan ialah Anwar sendiri. Bayangkan, kalau Anwar berada di Amerika, dengan pelbagai tuduhan salahlaku dikenakan ke atasnya, adakah dia menikmati kebebasan seperti sekarang? Masih lagi bebas ke luarnegara walaupun kes mahkamahnya sedang berjalan? Masih lagi bebas membelasah kerajaan dalam ceramah seluruh pelosok negara tanpa bimbang didakwa di mahkamah?

Anwar ternyata beruntung tidak mengalami nasib serupa seperti sahabatnya, Dominique Strauss Kahn. Belum lagi perbicaraan kes serangan seksualnya didengar di mahkamah, sudah dikenakan tahanan dalam rumah dan dipaksa melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Urusan IMF.

Jadi, anda sendiri boleh membuat kesimpulan, perangai siapa yang lebih buruk, Tok Him atau Anwar?      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen teman-teman amat dialu-alukan, admin berhak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi bahasa yang tidak sesuai dengan adab orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...