TEMAN KAWAH BERAPI

Sabtu, 18 Jun 2011

TIADA PAS TANPA NAMA ISLAM?

Nik Aziz menyanggah saranan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi supaya menggugurkan perkataan Islam dari nama Pas dengan berkata tanpa perkataan Islam, tiadalah parti Pas.
Sinar Harian : 18/06/2011
Jadi, betullah selama ini Pas memperalatkan agama Islam untuk kepentingan politik dan memenangi undi? Bukannya nak memperjuangkan Islam yang sebenarnya pun, sebaliknya menggunakan agama Islam untuk menghalalkan segala perbuatan dan tindak-tanduk "haram" Pas seperti berkawan dengan syaitan DAP, membuat fitnah sana-sini, membela seorang yang telah diperakui buruk akhlaknya dan menjatuhkan hukum sesuka hati kepada kelompok yang tidak sebulu dengan Pas dan PR.

Patutlah Nik Aziz mengakui, tanpa perkataan Islam pada namanya, Pas akan hilang taringnya. Kalau begitu, Malaysia ini cukup bertuah kerana merupakan sesatunya negara yang mempunyai parti Islam. Turki tak ada parti Islam, begitu juga dengan Arab Saudi, Mesir, Syria, Jordan dan Yaman semuanya malang kerana tidak ada parti Islam seperti Pas.

Begitu dangkalnya pemikiran Pas sehingga sanggup mengambil pendirian sebegitu rupa. Takkan Nik Aziz tak tahu, Islam itu bukannya terletak pada nama tetapi bergantung pada tahap keimanan dan ibadah serta dakwah yang dijalankan.  

Pas sama saja seperti parti politik lain. Jangan nak mendabik dada kononnya Pas lebih Islam dari orang lain kerana sejarah telah membuktikan betapa Pas juga tak lari dari membuat pelbagai kesilapan walaupun mendakwa perjuangannya berpaksikan agama Islam. Cuma ALLAH S.W.T sahaja yang berhak menilai siapa yang lebih Islam dan lebih beriman dan bertaqwa kepada-Nya, bukannya Nik Aziz ataupun Pas!!!!                
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...